Skip to main content
Please wait...

MyGDI Explorer

MyGDI Explorer

Katalog Maklumat Geospatial Negara atau lebih dikenali sebagai MyGDI Explorer merupakan aplikasi dalam talian bagi carian, paparan, semakan, perkongsian dan pengurusan metadata maklumat geospatial.

 

Mengenai MyGDI Explorer

MyGDI Explorer boleh ditakrifkan sebagai medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal data dengan pengguna di seluruh Malaysia melalui internet.Aplikasi ini mengandungi rekod metadata yang menerangkan kandungan maklumat dan bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut.

Metadata maklumat geospatial yang terdapat dalam MyGDI Explorer adalah terdiri daripada data, aplikasi, map services, dokumen, hasil penyelidikan, aktiviti geospatial dan perkhidmatan. Metadata maklumat geospatial yang diterbitkan di dalam MyGDI Explorer oleh pembekal data membolehkan pengguna untuk mencari data yang diperlukan.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari sumber GIS, melihat keterangan dan membuat penilaian terhadap rekod metadata yang dipaparkan hasil dari carian mereka. Jumlah metadata yang terdapat dalam aplikasi ini sehingga Mac 2024 adalah sebanyak 6,730 metadata.

Objektif Pembangunan Aplikasi MyGDI Explorer

Menyediakan kemudahan carian dan capaian kepada maklumat geospatial secara dalam talian

Menggalakkan perkongsian maklumat geospatial antara agensi pembekal data bagi memastikan penyebaran dan penggunaan maklumat yang lebih tepat dan terkini

Medium penyebaran maklumat geospatial diantara agensi pembekal data dengan pengguna

Menyokong dan mempromosikan sebarang inisiatif berkaitan geospatial yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak di Malaysia sama ada agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi (IPT), swasta, NGO atau individu

Menggalakkan integrasi yang lebih baik dan mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan, pemprosesan, pemeliharaan, penyediaan dan penyebaran maklumat geospatial antara agensi-agensi berkaitan

 

Faedah

Meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan

Memudahkan perkongsian maklumat geospatial

Meningkatkan tahap kesedaran dan nilai ke atas maklumat geospatial

Mewujudkan piawaian kandungan metadata geospatial di Malaysia

Memudahkan carian dan penilaian maklumat geospatial

 

Ciri-ciri

Search - konsep carian maklumat secara kata kunci dan penapis mengikut jenis kandungan, kategori data dan tarikh

Browse - menyenaraikan rekod metadata mengikut jenis kandungan (content type) dan kategori tajuk ISO (ISO topic category)

Publish Content - membolehkan pengguna yang mendaftar menyediakan, muatnaik dan menerbitkan metadata menggunakan Templat Metadata MyGDI untuk dataset dan services

Metadata Detail – paparan kandungan maklumat secara terperinci

Preview - memaparkan maklumat spatial daripada url public map service yang disertakan dalam maklumat metadata

Offline MyGDI Metadata Editor (METAFOR) - membolehkan penyediaan metadata dilakukan secara offline

MyGDIX Viewer – katalog untuk carian dan paparan metadata dengan map services

Manage Metadata – membolehkan pengemaskinian, muat turun, hapus, semakan dan pengesahan metadata dibuat oleh pengguna berdaftar

Laporan – menjana laporan statistik mengikut negeri, kategori, tarikh penerbitan, map services dan jenis kandungan