MyGDI Data Services

MyGDI Data Services adalah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk tujuan perkongsian data geospatial antara agensi kerajaan. Aplikasi ini khusus untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan untuk membuat capaian terhadap data-data yang dikongsi di antara Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan (G2G). Data-data yang boleh dikongsi akan di terbitkan sebagai map service dan dimasukkan dalam aplikasi ini. Data asas (fundamental) yang terdapat dalam aplikasi ini adalah daripada projek NGDC dimana data-data fundamental dikumpul, diproses dan dihubungkan (seamless) bagi semenanjung Malaysia. Data asas ini terbahagi kepada 12 kategori data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Transportation, Utility, Vegetation, Special Use dan General. Dataset fundamental merupakan elemen-elemen penting yang boleh digunakan sebagai asas kepada pembangunan data geospatial lain.

 

 

Selain itu map service yang terdapat dalam aplikasi ini boleh dipaparkan dalam pelbagai platform yang lain seperti ArcGIS JavaScript, ArcGIS.com Map, Google Earth, ArcMap dan ArcGIS Explorer. Melalui konsep ini, agensi kerajaan boleh menggunakan map services yang telah diterbitkan oleh MaCGDI di aplikasi ataupun desktop mereka. Aplikasi ini memudahkan perkongsian data secara atas talian diantara agensi kerajaan. Agensi kerajaan boleh berkongsi map services mereka (jika ada) untuk dipaparkan di dalam aplikasi ini, dengan itu map services mereka boleh digunakan/dilihat oleh agensi kerajaan yang lain. Ini dapat menjimatkan masa dan juga kos pengendalian data gesospatial agensi.

 

Hanya pegawai agensi kerajaan yang telah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Pengguna LDAP MaCGDI sahaja yang boleh mengakses dan memaparkan data-data yang terdapat dalam aplikasi ini. Bagi pegawai agensi kerajaan yang telah mendaftar dalam Aplikasi MyGDI Explorer boleh memohon untuk menggunakan Login ID yang sama untuk mengakses aplikasi ini. Permohonan untuk mengakses Aplikasi MyGDI Data Services boleh dibuat secara email ke pd@macgdi.gov.my. Pengguna agensi kerajaan yang telah mempunyai Login ID Aplikasi MyGDI Data Services dan berminat untuk mendapatkan map services atau data yang terdapat dalam aplikasi ini boleh membuat permohonan data di SINI.

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Kategori Data Framework