Skip to main content

Aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk paparan data-data geospatial bagi perkongsian antara agensi kerajaan (Government to Government (G2G)). Merupakan satu inisiatif PGN di bawah program MyGDI untuk menyediakan platform perkongsian data geospatial antara agensi kerajaan dalam persekitaran yang selamat.

Access Application

 

 

Mengenai MyGDI Data Services

Perkongsian data dalam aplikasi ini melibatkan 12 kategori fundamental data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, hypsography, Soil, Transportation, Utility, Vegetation, Special dan General Use melalui Secured Map Services dalam government cloud. Data-data yang dikongsi secara map service ini boleh dipaparkan dalam multi-platform.

 

Status perkongsian fundamental data sehingga 2018 adalah sebanyak 10 kategori data melibatkan 39 bilangan map services bagi 277 lapisan data. Hanya pengguna daripada agensi kerajaan yang berdaftar sahaja yang boleh mengakses data-data yang terdapat dalam aplikasi ini. Pendaftaran adalah secara manual menggunakan Borang Pendaftaran Pengguna LDAP PGN. Permohonan untuk pendaftaran pengguna LDAP boleh dibuat secara email ke gdi@ketsa.gov.my. Aplikasi ini membolehkan pengguna berdaftar membuat capaian secara terus atas talian (online) terhadap data-data fundamental yang dikongsi.

 

MyGDI-Data-Services

Kebaikan MyGDI Data Services

Membantu memudah dan mempercepatkan proses kerja penyediaan dan analisis maklumat geospatial

Mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyediaan maklumat geospatial antara agensi-agensi berkaitan.

Menjimatkan masa dan dana agensi.

Memudahkan capaian kepada data geospatial oleh pengguna agensi kerajaan.

Menggalakkan perkongsian maklumat geospatial oleh agensi pembekal data.

Ciri-ciri

  • Layer List - pengguna boleh menyemak senarai lapisan yang tersedia dan membuat paparan lapisan data yang ada;
  • View Layer Attribute - memaparkan info maklumat attribut setiap lapisan;
  • Add Data Services - menambah map service lain daripada agensi, MyGOS dan ArcGIS Online;
  • Lot Finder – membuat carian lot tanah berdasarkan kod negeri, daerah, mukim, seksyen dan no lot;
  • Swipe - membuat tindihan (overlay) pelbagai lapisan data daripada pelbagai map service yang ditambah atau sedia ada dan melihat perbezaan antara lapisan data;
  • Print - membuat dan mencetak peta;
  • Basemap gallery – pilihan pelbagai basemap daripada pelbagai sumber seperti Bing Map, TM, ArcGIS Online, HERE dan PGN;
  • Measurement – Pengukuran jarak dan kawasan serta maklumat kordinit lokasi boleh dikira;