Metadata

Aplikasi MyGDI Explorer
MyGDI Explorer adalah aplikasi bagi katalog metadata yang membolehkan pengguna untuk meneroka, mencari, melihat dan menilai data geospatial. MyGDI Explorer mengandungi rekod-rekod yang menerangkan kandungan bahan dan maklumat serta bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut. MyGDI Explorer adalah medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal-pembekal data dengan pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. Pemilihan elemen katalog metadata berasaskan Dokumen ISO 19115-1 : 2014 Geographic Information – Metadata - Part 1 - Fundamentals.
Melalui MyGDI Explorer, pengguna boleh membuat pendaftaran akaun untuk mengakses maklumat geospatial yang disediakan di Katalog Metadata secara lebih terperinci dan seterusnya menjadi Penerbit Metadata bagi menyumbang metadata. Pembekal Metadata adalah pembekal maklumat geospatial yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga pengguna awam.

Dokumen ISO 19115-1: 2014 Geographic Information - Metadata - Part 1 - Fundamentals.