Skip to main content

Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Hala Tuju Pembangunan GIS Negeri Terengganu

Pada 26 Ogos 2020, PGN telah menyantuni kunjungan hormat daripada Kerajaan Negeri Terengganu bersama wakil PLANMalaysia@Terengganu. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan Sistem Maklumat Geografi (GIS) negeri tersebut.

 

Delegasi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Zuwislan Bin Awang, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama lima (5) pegawai lain.

Sesi Taklimat Program MyGDI Kepada Setiausaha Bahagian KATS

Pada 18 Februari 2020, MaCGDI telah menganjurkan satu sesi taklimat kepada Setiausaha Bahagian dan para pegawai kanan KATS bagi mengukuh dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai produk dan perkhidmatan geospatial di bawah Program MyGDI. Taklimat ini juga merupakan salah satu usaha pelaksanaan libat urus bersama pengurusan tertinggi serta mewujudkan kolaboratif strategik antara Bahagian di bawah KATS.

 

Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Pada 10 Februari 2020, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengadakan kunjungan lawatan kerja ke MaCGDI. Delegasi SPAN telah diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Mohd Shukri bin Abdul Razik selaku Pengarah Eksekutif, Bahagian Perancangan Strategik, SPAN.

 

SPAN berperanan sebagai pengawal selia industri perkhidmatan air merancang untuk menjalinkan kolaborasi bersama MaCGDI dari segi aplikasi dan maklumat geospatial dalam perancangan dan pengurusan perkhidmatannya. SPAN juga merupakan agensi yang turut bernaung di bawah KATS bersama-sama MaCGDI.