Skip to main content
Please wait...

Unique Parcel Identifier (UPI)

Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah

UPI merupakan satu kaedah pencaman yang unik bagi mengenal pasti petak tanah (lot) yang wujud dari kombinasi petak tanah yang telah diukur halus dari kod untuk Negeri, Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Daerah kecil/ Jajahan kecil, Mukim/ Bandar/ Pekan/ Land/ Town District /Desa dan Seksyen / Presint / Block /Section /Kampung/ Pulau dan nombor lot/ geran. Aplikasi UPI boleh memaparkan maklumat dalam bentuk spatial dan tekstual bagi paparan petak tanah dan sempadan tanah yang telah diukur halus.

 

Mengenai UPI

Aplikasi ini dibangunkan pada tahun 2008 dan dinaiktaraf tahun 2016 adalah bertujuan bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggunapakai standard kod dan nama sempadan.

Penggunaan UPI yang standard dapat menjamin objektif perkongsian data antara agensi dilaksanakan dengan jayanya.

 

Faedah

Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam dan antara agensi

Memudahkan perkongsian maklumat geospatial

Membantu agensi-agensi dalam pembangunan sistem aplikasi

Menyediakan panduan untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di semua agensi

 

Ciri-ciri

Carian Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dengan cepat dan mudah dan hasil carian dipaparkan dalam bentuk tekstual dan spatial

Pemilihan basemap

Muat turun Dokumen Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah bagi 16 negeri dalam format pdf

Muat turun Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dalam format excel

Cetakan peta hasil carian kod dan nama sempadan pentadbiran tanah

Download the Manual