Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah - Unique Parcel Identifier (UPI)
UPI
Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah - Unique Parcel Identifier (UPI)
Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI) merupakan satu kaedah mengenal pasti lokasi petak tanah yang mengandungi satu siri nombor unik untuk negeri, bahagian/ daerah, mukim/ bandar/ pekan, seksyen dan nombor lot.
Unique Parcel Identifier
UPI memudahkan perkongsian maklumat geospatial dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di antara agensi. Secara umumnya kod UPI ini akan membantu Agensi Pembekal Data mempunyai satu standard rujukan nama dan kod bagi sempadan pentadbiran tanah.
Aplikasi UPI
Aplikasi UPI memaparkan maklumat Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah berserta paparan maklumat spatial bermula dari negeri, daerah, mukim/ bandar/pekan dan seksyen bagi semua negeri di seluruh Malaysia.