Skip to main content
Please wait...

Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG)

Pangkalan Data Nama Geografi

Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah dan entiti nama geografi yang telah disahkan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan dan awam.

 

 

Pembangunan PDNG adalah menggunakan data yang diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Seterusnya, nama geografi tersebut akan disahkan oleh pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum dimuat naik ke dalam PDNG.

Aplikasi
MyGeoName

MyGeoName merupakan aplikasi yang memaparkan nama-nama geografi, lokasi, sejarah dan gazetir negeri yang terdapat di dalam PDNG. Aplikasi ini juga mempunyai ejaan jawi bagi nama geografi dan modul audio yang mengandungi sebutan nama geografi dalam bahasa melayu rasmi dan dialek tempatan.

Garis Panduan Penentuan Nama Geografi

Terdapat 2 garis panduan yang digunakan, Garis Panduan Nama Geografi dan Standard Malaysia MS 2256: 2009 Maklumat Geografi-Garis Panduan Penentuan Nama Geografi.