Newsletter Issue 1 2014 - page 1

1
2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON GEOGRAPHICAL NAMES UNITED NATIONS
GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST (UNGEGN ASE)
PADA
1-2 APRIL 2014 DI THE GRAND ROYAL PANGHEGAR HOTEL AND CONVENTION, BANDUNG,
INDONESIA.
U
NGEGN telah diwujudkan oleh Setiausaha Agong Pertu-
buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan resolusi
715 A (XXVII) bertarikh 23 April 1959 Majlis Ekonomi dan
Sosial (ECOSOC). Pakar-pakar UNGEGN telah dipertanggungjawab-
kan untuk bermesyuarat dan membuat cadangan teknikal berke-
naan penyeragaman nama-nama geografi di peringkat negara dan
antarabangsa. Dalam hubungan ini, Malaysia adalah merupakan ahli
tetap UNGEGN, dan pihak JUPEM telah mewakili Malaysia di dalam
mesyuarat-mesyuarat UNGEGN yang sebelum ini. Pusat Infrastruktur
Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan Pengerusi bagi Kum-
pulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebang-
saan adalah bertanggungjawab dalam pembangunan Pangkalan
Data Nama Geografi serta web gazetir kebangsaan.
Malaysia juga merupakan Pengerusi dan Urus Setia bagi Ba-
hagian
Asia South East
(ASE) untuk tempoh 2010 hingga 2014 dan
jawatan tersebut disandang oleh Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia. Bahagian
Asia South East
(ASE) ini dianggotai
oleh 12 buah Negara iaitu Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia,
Indonesia,
Lao People's Democratic Republic
, Malaysia, Myanmar,
Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Vietnam.
Sempena
2nd Divisional Meeting of UNGEGN, ASE, National
Team for Standardization of Topographical Names (Republic of Indo-
nesia)
telah menganjurkan Seminar UNGEGN, ASE yang bertemakan
“The Power of Place Names in Economic Development, Disaster Re-
sponse and Global Media”
pada 1 April 2014. Seminar berkenaan
telah dirasmikan oleh Dr. Asep Karsidi,
Head of Geospatial Information
Agency
(Badan Informasi Geospatial)
Republic of Indonesia
. Seminar
berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta
tempatan dan antarabangsa mengenai kepentingan nama-nama
geografi dalam pembangunan ekonomi, bantuan menyelamat
mangsa akibat daripada bencana yang menimpa serta peranannya
dalam media.
Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian ASE telah diadakan pada
2 April 2014. Tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk
mendengar laporan kamajuan aktiviti penamaan geografi negara-
negara ahli serta sebagai persediaan bagi
28th Session of UNGEGN
yang akan diadakan di New York pada 28 April – 2 Mei 2014. Mesyuarat
ini merupakan forum perbincangan di kalangan negara-negara ang-
gota ASE mengenai perkara-perkara yang telah dirangka di bawah
program UNGEGN seperti standardisasi nama-nama tempat dan
fea-
tures,
menggalakkan program latihan, mempromosi penggunaan na-
ma-nama standard di atas peta sesebuah negara, menerbitkan Gazetir
Kebangsaan serta menggalakkan kerjasama antara negara dalam
standardisasi nama dan
features
yang merentasi sempadan an-
tarabangsa. Mesyuarat bersetuju supaya Pengerusi bagi UNGEGN Ba-
hagian ASE dilantik untuk tempoh empat (4) tahun. Justeru itu,
mesyuarat bersetuju untuk melantik Filipina sebagai Pengerusi baru bagi
tempoh 2014 – 2018 menggantikan Malaysia.
Secara keseluruhannya Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian
ASE ini telah berlangsung dengan jayanya. Penyelarasan serta kepu-
tusan-keputusan penting telah dapat dicapai di kalangan negara ang-
gota. Pembentangan laporan aktiviti telah memberi faedah kepada
semua delegasi untuk saling berkongsi pengalaman.
Penggunaan nama tempat yang betul akan memberi kesan
dan faedah di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa
dalam pelbagai urusan termasuklah perdagangan, statistik,
perancangan pembangunan bandar dan desa, pengurusan alam
sekitar, bantuan menyelamat mangsa bencana alam termasuk operasi
mencari, penerbitan peta, pelancongan sehinggalah untuk tujuan
komunikasi.
1 2,3,4
Powered by FlippingBook