Newsletter Issue 1 2014 - page 2

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENERBITAN METADATA BIL 1/2014
M
etadata adalah ‘data mengenai data’ atau ‘
data
about data’
. Ia adalah maklumat yang men-
erangkan mengenai data/maklumat/perkhidmatan sesuatu produk
serta informasi berkaitan geospatial. Melalui program MyGDI,
metadata dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam
mempromosikan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial.
Sehubungan itu, satu profil standard metadata telah dibangunkan
berasaskan MS ISO 19115:2003-
Geographic Information-Metadata
dan dinamakan sebagai MyGDI Metadata Standard (MMS).
Justeru, MaCGDI telah mengambil inisiatif menerusi program
MyGDI dengan membangunkan dan menyediakan fasiliti kepada
semua pembekal maklumat geospatial, dalam menyediakan dan
menerbitkan metadata bermula pada tahun 2004. Hasil daripada
inisiatif ini MyGDI Explorer dibangunkan menggunakan GIS Portal
Toolkit (GPT) 9.3.1 yang mana salah satu bahagian penting di da-
lamnya adalah templat pengisian metadata berdasarkan profil MMS.
Profil ini terdiri daripada 17 elemen mandatori dan 19 kategori dataset
berdasarkan MS ISO 19115. Kaedah penulisan XML dokumen metada-
ta adalah berdasarkan skema MS ISO 19139.
Pada tahun 2011, MMS ditambahbaik bagi menyokong
web
service
, dengan itu profil MMS dibahagikan kepada dua (2) iaitu MMS
(
Dataset
) dan MMS (
Web Service
). Dokumen rujukan MMS (dataset)
berasaskan MS ISO 19115, manakala MMS (web service) merujuk pa-
da MS ISO 19119. Pembaharuan ini dilaksanakan sebagai usaha MaC-
GDI dalam mengalakkan pembekal data untuk menyediakan dan
menerbitkan metadata bagi agensi maisng-masing. Pada masa yang
sama, aplikasi penyediaan metadata secara
offline
yang dikenali
METAFOR telah dibangunkan dan dilaksanakan penggunaannya.
Aplikasi ini merupakan salah satu
tool
bagi memudahkan dan meng-
galakkan penyediaan metadata bagi setiap agensi di Malaysia, teru-
tamanya bagi agensi yang menggunakan perisian GIS tanpa kemu-
dahan suntingan metadata.
Di samping itu metadata juga berperanan sebagai alat
(tools)
bagi memudahkan pembekal data merekod maklumat
mengenai data mereka dan juga bagi memudahkan pengguna
memperoleh data geospatial yang dikehendaki. Berdasarkan elemen
-elemen metadata, keberadaan dan ketersediaan data spatial
dapat diketahui secara meluas. Hal ini sesuai dengan misi MaCGDI
dalam menjamin kesediaan data spatial untuk mendukung pem-
bangunan nasional.
Selaras dengan itu, pihak MaCGDI telah mengadakan satu
siri Bengkel Penyediaan dan Penerbitan Metadata Bil. 1/2014 bersa-
ma Agensi Pembekal Data (APD) di Pulau Langkawi bagi menghar-
gai usahasama daripada agensi persekutuan yang terlibat di dalam
Bengkel Pengemaskinian Metadata Bil. 2/2013 yang telah diadakan
pada 2 Mei 2013 yang lalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh 18 peserta
daripada 5 agensi.
Objektif bengkel ini ialah:
Untuk memberi pendedahan kepada APD di dalam menye-
diakan dan menerbitkan metadata bagi produk di agensi mas-
ing-masing.
Membincangan isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh APD
serta kesediaan dalam penyediaan dan penerbitan metadata
melalui MyGDI Explorer yang telah dibangunkan oleh pihak
MaCGDI. Hal ini bagi tujuan penambahbaikan ke atas aplikasi
MyGDI Explorer sekiranya perlu.
Antara pengisian lain sepanjang bengkel ini adalah sesi
pembentangan dari pihak MaCGDI berkaitan MyGDI Metadata
Standard (MMS) serta standard yang diguna pakai di dalam pem-
bangunan MMS. Para peserta juga diberi penerangan berkaitan
contoh pengisian metadata kaedah
online
dan
offline.
Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 502 metadata
telah berjaya diterbitkan di dalam MyGDI Explorer, dimana ianya
melebihi sasaran asal sebanyak 300 metadata. Agensi yang terlibat
di dalam bengkel ini adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan
Perbadanan Putrajaya (PPj). Pihak agensi berpuas hati di atas
bengkel yang dijalankan dan dicadangkan bengkel ini diadakan
berterusan untuk agensi-agensi lain.
Bermula pada tahun 2013 hingga kini, pihak MaCGDI se-
dang bergerak ke arah menyediakan templat metadata bagi data
raster (
imagery & Gridded Data
) untuk kegunaan semua agensi
yang mempunyai dan mengguna pakai data raster. Penyediaan
templat ini melibatkan beberapa agensi pengeluar dan pengguna
data raster. Dokumen rujukan dalam penyediaan templat ini adalah
MS ISO 19115-2:2011 –
Geographic Information-Metadata-Part 2:
Extentions for Imagery and Gridded Data
.
2
1 3,4
Powered by FlippingBook