Skip to main content
Please wait...
24January
Pada 24 Januari 2018 satu Mesyuarat Khidmat Runding Agensi Program MyGDI antara MaCGDI telah diadakan bersama Perpustakaan Negara Malaysia di Bilik Pembangunan MaCGDI.   Antara agenda Mesyuarat ini adalah membincangkan mengenai pembangunan satu aplikasi GIS bagi pemetaan lokasi perpustakaan di Malaysia.Mesyuarat ini melibatkan 2 orang pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia.
24January
Pada 24 Januari 2018,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan satu perbincangan bersama Malaysia Invesment Development Authority (MIDA) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7 MaCGDI, NRE yang telah dipengerusikan oleh Encik Hanafi bin Bujang dimana melibatkan 8 orang pegawai dari MIDA.  
6February
Pada 6 Februari 2018 MaCGDI, NRE telah menerima kunjungan daripada tiga (3) orang Pensyarah dan 93 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Geodesi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Diponegoro, Indonesia. Lawatan akademik ini telah diketuai oleh Encik Ir. Sawitri Subiyanto selaku Ketua Jabatan tersebut.  
16March
Pada 16 Mac 2018, MaCGDI telah menyertai pameran sempena Program Ukur Bersama Rakyat (UBeR) anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Selain MaCGDI, program UBeR ini turut disertai oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).  
19March
Mesyuarat ke-10 Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) 2018 telah diadakan pada 19 Mac 2018 di Bilik Mesyuarat BPEN, Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang.   Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memaklumkan kepada ahli Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) mengenai kemajuan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dari 17 Mac 2017 hingga 16 Mac 2018 serta perancangan tahun 2018 - 2019.   Antara agensi yang terlibat adalah;
10April
Sesi Transfer of Technology Projek Eco-Tourism Parlimen Ledang telah diadakan pada 10 April 2018 (Selasa) di Bilik COE, Aras 8 , Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI). Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran susulan penyerahan Aplikasi Eco-tourism Ledang.   Kursus ini diadakan selama satu (1) hari melibatkan peserta dari Majlis Daerah Tangkak yang terdiri daripada: • Wakil dari Bahagian Perancangan Bandar; • Wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat; • Wakil dari Bahagian Sumber Manusia; dan
16April
Kursus ArcGIS Dekstop dan MyGOS telah diadakan pada 15 hingga16 April 2018 di Kuliyyah of Allied Health Sciences (KAHS), IIUM Kuantan Campus. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan Perisian ArcGIS Dekstop dan Aplikasi MyGOS. Kursus ini diadakan selama dua (2) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai di pelbagai agensi kerajaan, pensyarah daripada pelbagai universiti dan juga pelajar-pelajar .Peserta-peserta kursus yang hadir diberi latihan penggunaan Perisian ArcGIS Dekstop.  
30August
KUALA LUMPUR – 25 - 27 Ogos 2018, MaCGDI telah dijemput untuk menyertai Program ‘Spotlight on Science’ (SOS) anjuran Petrosains Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di The Discovery Centre, Aras 4, Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyokong dan meneruskan usaha kerajaan bagi menjana generasi masa depan yang cenderung kepada sains dan teknologi, informatif dan dinamik.  
Subscribe to 2018