Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menyertai 8th INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOMATICS AND GEOSPATIAL TECHNOLOGY (GGT2022) sebagai Penaja Silver. GGT2022 yang diadakan pada 25 hingga 26 Mei 2022 secara dalam talian telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan dihadiri oleh ratusan pemain industri geospatial dari dalam negara dan antarabangsa.
Walaupun dilangsungkan secara dalam talian, persidangan ini yang bertemakan “Geospatial Technologies: Tackling Global Challenges” tetap mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan semua peserta dapat menyaksikan tayangan video korporat serta video produk PGN di persidangan ini.