Skip to main content
Please wait...
20December
Delegasi PGN telah mengadakan kunjungan ke NAHRIM untuk bertemu pihak NAHRIM serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi bersama-sama membincangkan cadangan pembangunan Web GIS kawasan Cameron Highlands menggunakan platform MyMAPS. MyMAPS, sebuah platform yang dibangunkan oleh PGN telah dicadangkan sebagai platform Web GIS dan medium kolaborasi bersama NAHRIM serta semua agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Transformation Task Force Cameron Highlands ini.
17July
Satu sesi latihan selama 2 hari telah dianjurkan khusus untuk para pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mempelajari kemahiran menggunakan perisian QGIS dalam memproses data GIS. Latihan ini telah disampaikan oleh Gs. Roshana binti Mat Rafar dan Puan Salina binti Ibrahim.
27July
"... Lebih 600 data tanah wakaf di Terengganu dimuat naik menerusi Aplikasi Geospatial Tanah Wakaf MAIDAM sejak ia digunakan pada 2018" "Pengumpulan data melalui aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara (PGN) itu penting dalam membantu MAIDAM membuat pertimbangan untuk membangunkan tanah wakaf berkenaan". [SURAT KHABAR SINAR HARIAN]
6March
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Corporate Advisor/Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu. Kunjungan hormat ini adalah sebagai pendedahan berkenaan peranan PGN, NRECC sebagai penyelaras Program MyGDI serta kolaboratif yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak.
4March
4 Mac 2023 | De Palma Hotel, Shah Alam Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan telah mewakili PGN, NRECC di program ini untuk mengulas lanjut topik berkaitan pembangunan data geospatial di Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), U-INSPIRE Malaysia dan UNICEF Malaysia ini telah menghimpunkan belia dan profesional muda sebagai inisiatif pengurusan risiko bencana di Malaysia.
Subscribe to 2023