Tarikh : 28 Februari 2024
Masa : 2.30 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13, Menara PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya
Bilangan delegasi : 3 orang pensyarah dan 24 orang pelajar
Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat kepada para pelajar bagi kajian lapangan berkaitan pengurusan GIS dan adaptasi masyarakat terhadap pengurusan bencana alam.
Program lawatan ini dimulakan dengan ucapan-ucapan aluan oleh Sr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan, PGN dan Gs. Dr. Mohd Amirul Bin Mahamud, Pensyarah USM. Program kemudiannya diteruskan dengan 3 sesi taklimat berkenaan pengenalan kepada PGN dan perkhidmatan MyGDI yang disampaikan oleh pegawai-pegawai PGN sebelum diakhiri dengan sesi kuiz Kahoot! yang disertai oleh para pelajar.
Semoga para pelajar HGT342 – Kaedah Penyelidikan dan Kajian Luar Geografi, Pusat Pengajian Kemanusiaan, USM dapat memanfaatkan segala perkongsian yang disampaikan.
Selamat maju jaya dalam pengajian dan kerjaya pada masa akan datang!
#MyGDI
#NRES