Skip to main content
Please wait...

Program Digital & GIS KeTSA 2022 telah berjaya dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara bersama oleh Pusat Geospatial Negara dan Bahagian Pengurusan Maklumat pada 26 Julai 2022 bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini merekodkan kehadiran seramai 389 orang yang terdiri daripada warga KeTSA, Jabatan serta Agensi di bawah KeTSA.

 

Pengisian utama program ini iaitu sesi perkongsian yang telah diadakan dapat menambah pemahaman, memberi pendedahan berterusan, menambah kepekaan terhadap keselamatan ICT dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dengan kemudahan teknologi geospatial serta ICT yang terkini.

 

YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha, KeTSA telah hadir merasmikan program ini. Turut mengiringi beliau di majlis perasmian ialah Tuan Abdul Wahid bin Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) dan Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga). Yang Berbahagia Dato’ Haji Rosli turut meluangkan masa melawat reruai pameran yang telah disertai oleh 11 agensi terdiri daripada KeTSA, Jabatan/Agensi di bawah KeTSA serta syarikat berkaitan geospatial serta ICT.

 

Aktiviti menarik lain yang turut dianjurkan sempena program ini ialah klinik aplikasi, pertandingan video TikTok, pertandingan gambar kreatif dan Kahoot!.