Skip to main content
Please wait...
No Activities
1
 
Kunjungan Hormat Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ke Pusat Geospatial Negara

 

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Kunjungan hormat ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur data geospatial serta bertujuan untuk memperkasakan cara perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial di Negeri Pahang.

Kunjungan hormat ini dijangka akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 Mac 2024 (Selasa)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Wisma Petra Putrajaya

Pengerusi: Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach (CPPSO) PGN, NRES

2

 

Lawatan Universiti Sains Malaysia ke Pusat Geospatial Negara bagi Kajian Lapangan Geografi

 

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan menerima lawatan daripada pensyarah dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian lapangan berkaitan dengan pengurusan dan adaptasi masyarakat terhadap bencana alam. Selain itu,  lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap peranan PGN, NRES sebagai penyelaras Program MyGDI dan penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) di peringkat negara.

Lawatan ini dijangka akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Februari 2024 (Rabu)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13, Wisma Sumber Asli, Kementerian Peralihan Tenaga  dan Daya Guna Awam, Putrajaya

Pengerusi: Timbalan Pengarah CPGP, PGN, NRES
 

3
Mesyuarat Lawatan Akademik Program Geomatik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ke Pusat Geospatial Negara (PGN)

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan menerima lawatan daripada pensyarah dan pelajar Program Geomatik Semester 4, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Lawatan ini bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada pelajar terhadap peranan PGN, NRES sebagai penyelaras Program MyGDI dan penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) di peringkat institusi kerajaan dan swasta di Malaysia.

Lawatan ini dijangka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13, Menara Petra, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya

Pengerusi: Pengarah PGN, NRES

Papar 1 - 3 dari 3