Skip to main content
Please wait...

Aplikasi Integrasi Data Non-spatial dan Spatial

Coordinate Finder and Address Translator

Aplikasi bagi mengintegrasikan pangkalan data non-spatial (tekstual) di agensi dengan pangkalan data spatial di PGN melalui medium Application Programming Interface (API).

 

Mengenai Cofinder

Membolehkan komunikasi antara dua platform aplikasi berlainan.

Melakukan proses geocoding dan reverse geocoding melalui API dengan menggunakan Google Maps Platform.

Melihat paparan peta secara visual dan membuat analisa geographic information system (GIS) mengikut keperluan tertentu.

 

Faedah

Penjimatan sumber, masa pemprosesan data serta meningkatkan perkongsian data antara agensi kerajaan

Menjimatkan kos langganan dengan menggunakan base map yang disediakan oleh PGN

Menangani isu ketiadaan data spatial bagi kegunaan pemetaan lokasi untuk aplikasi di agensi

Menangani isu pengemaskinian data secara manual dan berulang kali ke atas sistem di agensi (non-spatial) dan di PGN (spatial)

Memudahkan pangkalan data non-spatial di Agensi berkomunikasi dengan pangkalan data spatial di PGN melalui Application Programming Interface (API)

Menggalakkan perkongsian data antara agensi kerajaan secara berterusan melalui medium yang mesra pengguna dan selamat

 

Ciri-ciri

Pengurusan Pengguna - mengurus akaun pengguna seperti daftar, kebenaran capaian (access level), nyah aktif dan kemas kini maklumat

Muat naik - memuat naik non-spatial data (tektual) dan muat turun sebagai spatial data melalui proses geocoding dan atau reverse geocoding

Koordinat Alamat - mendapatkan maklumat alamat seperti negeri, daerah, bandar dan poskod serta koordinat (decimal dan DMS) serta memaparkannya ke atas peta

Permohonan Atribut - permohonan bagi tambahan atribut data berdasarkan keperluan pengguna/ agensi

Papan Pemuka API - memaparkan status maklum balas API bagi insert, update dan delete

Penetapan - penetapan sistem seperti konfigurasi e-mel, keselamatan, Google Maps API Key, atribut, templat fail dan sebagainya oleh pentadbir sistem

Download the Manual