Skip to main content
Please wait...

MyMaps

MyMaps adalah platform perkongsian geospatial sumber terbuka yang menyokong OGC Standard, mengandungi data, peta dan aplikasi untuk capaian kepada Agensi Kerajaan (G2G). 

 

Mengenai MyMaps

Satu inisiatif yang dilaksanakan PGN dalam usaha memperkasakan platform geospatial baharu berkonsepkan perisian sumber terbuka yang berupaya melaksanakan pengemaskinian dan penerbitan data secara atas talian.

Platform ini juga membantu pelbagai agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan memudahkan pihak pengurusan membuat analisa maklumat geospatial secara visual, cepat dan tepat.

Objektif

Mewujudkan perkongsian data antara Agensi di dalam satu portal secara lebih kos efektif.

Memaparkan dan mengemaskini maklumat geospatial secara atas talian dalam bentuk visual.

Menyokong dan memudah cara proses membuat keputusan, perancangan dan pemantauan oleh Agensi Kerajaan.

Menyokong perkongsian capaian web services kepada agensi kerajaan secara serentak menerusi pelbagai platform dan aplikasi (published once used by many).

 

Faedah

Memudahkan agensi untuk membuat pembangunan, pengemaskinian,  pengurusan dan perkongsian data dan maklumat geospatial secara atas talian dengan kos yang minimum/tanpa kos melalui Program MyGDI. 

Menjimatkan dana agensi dengan wujudnya platform perkongsian di antara Agensi kerajaan yang membolehkan komuniti geospatial di Malaysia untuk berkongsi dan mengakses maklumat geospatial.

Mengelak duplikasi kerja antara Agensi Pembekal Data seterusnya berupaya mengurangkan beban kerja dan meningkatkan produktiviti melalui pelaksanaan konsep collect once used by many.

Penghasilan kerja yang lebih efektif dengan penjimatan masa, kos dan sumber melalui penggunaan teknologi yang optimum. 

Transformasi perkongsian data yang lebih cepat dan cekap menggunakan konsep share as services yang menepati standard OGC Webservices.

 

Ciri-ciri

Data - memudahkan kerja-kerja penghasilan data, pengemaskinian data, muat turun data dan dokumen serta perkongsian data antara Agensi Kerajaan.

Maps - penghasilan rekabentuk peta dengan gabungan pelbagai layer menggunakan GIS tools yang disediakan mengikut keperluan pengguna.

Metadata - ruang bagi memberi penerangan yang lebih jelas tentang kandungan, kualiti, dan ciri-ciri lain mengenai suatu data yang ditulis dalam format yang standard.

Apps - pembangunan aplikasi GIS tanpa pengaturcaraan yang mudah dan cepat.

Geostory - paparan interaktif yang menggabungkan peta interaktif, kandungan multimedia dan teks untuk mencipta penceritaan digital.

Dashboard - ruang untuk menambah widget seperti carta, peta, jadual dan teks yang berinteraksi secara spatial dan analitikal bagi menggambarkan visualisasi data dan analisis untuk penghasilan keputusan yang lebih baik.

Download the Manual