Skip to main content
Please wait...

Pada 31 Oktober 2016 satu Kursus Aplikasi MyGeotranslator telah diadakan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,   Aras 1-4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Putrajaya.Antara pegawai yang terlibat dengan kursus ini adalah pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi MyGeotranslator kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi MyGDI.

 

Kursus ini diadakan selama satu (1) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar.Pegawai-pegawai yang hadir telah diberi latihan penggunaan sub modul-sub modul yang terdapat dalam Aplikasi MyGeotranslator seperti Transformasi Koordinat, penukaran Format Data, Unique Parcel Identifier (UPI), MS1759, Simbol Standard dan sebagainya.