Skip to main content
Please wait...

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi MyGeotranslator kepada pegawai-pegawai yang terlibat serta penggunaan Perisian ArcGIS untuk melakukan proses migrasi data daripada format autocad (.dwg) ke format shapefile (.shp). Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi MyGDI.

 

Kursus ini diadakan selama tiga (3) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (JPBD) dan Unit GIS Perak.Pegawai-pegawai yang hadir telah diberi latihan proses migrasi data daripada format autocad (.dwg) ke format shapefile (.shp) menggunakan Perisian ArcGIS Dekstop serta latihan penggunaan Aplikasi MyGeotranslator. Antara sub modul-sub modul yang terdapat dalam Aplikasi MyGeotranslator seperti Transformasi Koordinat, penukaran Format Data, Unique Parcel Identifier (UPI), MS1759, Simbol Standard dan sebagainya.