Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Local Authority Area,Parliamentary / State Electoral Area dan Census Enumeration Block Bil.1/2017 telah diadakan pada 25 September 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Wisma Sumber Asli.

 

Antara Pegawai/Agensi Terlibat adalah :

  • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
  • Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM)
  • Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

 

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk menangani isu-isu yang berbangkit semasa aktiviti penyelarasan data geospatial di bawah Kategori Demarcation. Fitur yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Local Authority Area, Parliamentary / State Electoral Area Dan Census Enumeration Block.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.

 

Antara pengisian mesyuarat adalah seperti berikut :

  •  Perbincangan status ketersediaan data di GDC;
  • Perbincangan status pengumpulan dan pengemaskinian data Kawasan Pentadbiran PBT
  • Perbincangan status data spatial sempadan pilihanraya; dan
  • Perbincangan status pengemaskinian data spatial Blok Perhitungan Banci.

 

Hasil daripada mesyuarat telah membantu agensi-agensi seperti JUPEM, PLANMalaysia, JKT, SPR dan DoSM  dalam membuat penyelarasan dan pengemaskinian maklumat terkini di agensi dan seterusnya dapat menjadikan mesyuarat ini sebagai platform untuk perkongsian data spatial antara G2G.