Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyelarasan Sempadan Kampung Bil. 2 /2016 telah dipengerusikan oleh Pn. Hajah Norizam binti Che Noh, Pengarah MaCGDI. Objektif mesyuarat ini ialah bagi meneruskan aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian data geospatial sempadan pentadbiran kampung serta mengenalpasti dan mengumpul data geospatial Sempadan Kampung yang sedang dibangunkan oleh agensi-agensi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil dari agensi persekutuan dan negeri iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)  Ibu Pejabat,  JUPEM Kelantan, JUPEM Terengganu, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) , JPBD Negeri Sembilan, JPBD Pulau Pinang, PEGIS, PerakGIS dan  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta wakil UPEN Negeri Perlis, Selangor, Melaka, Johor dan Terengganu.

 

Mesyuarat ini telah membentangkan mengenai status ketersediaan data sempadan kampung oleh pihak MaCGDI serta status Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) oleh pihak EPU. Disamping itu, mesyuarat juga dimaklumkan mengenai status ketersediaan data sempadan kampung bagi negeri-negeri yang terlibat dalam mesyuarat ini.

 

Selain itu, perancangan dan hala tuju aktiviti penyelarasan sempadan kampung untuk tahun hadapan turut diperbincangkan. Satu kertas Draf Terma Rujukan juga telah disediakan untuk dibuat ulasan dan semakan lanjut oleh ahli-ahli mesyuarat.