Skip to main content
Please wait...

Komponen MyGDI

Komponen MyGDI

conbiz

Jawatankuasa Tadbir Urus

Berperanan untuk menyelaras dan memperkasa perkhidmatan dan maklumat geospatial yang melibatkan semua agensi kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkepentingan. Ia diwujudkan untuk melaksana dan mempromosi program MyGDI bagi semua sektor awam yang mengurus, mengendali dan menggunakan maklumat geospatial mengikut terma rujukan masing-masing.

Modal Insan

Menyediakan perkhidmatan latihan dalam bidang geospatial.

Polisi/ Perundangan

Menyedia dan melaksanakan dasar, pekeliling dan garis panduan bagi pelaksanaan Program MyGDI.

Penyelidikan dan Pembangunan

Melaksanakan penyelidikan bagi keperluan pembangunan data geospatial, teknologi, aplikasi dan perisian GIS.

Perkhidmatan Maklumat Geospatial

Menyediakan platform perkongsian perkhidmatan data geospatial dan sokongan pembangunan sistem di kalangan pihak berkepentingan (stakeholders).

Maklumat Geospatial

Membangunkan dataset geospatial mengikut 12 kategori dengan mematuhi standard dan kualiti yang telah ditetapkan.

Mekanisme Capaian

Memastikan capaian kepada perkhidmatan maklumat geospatial adalah sentiasa tersedia, selamat dan berintegriti.

Standard

Memastikan maklumat geospatial yang digunakan untuk perkongsian mematuhi pemakaian standard yang telah ditetapkan Badan Standardasi Kebangsaan dan Antarabangsa bagi menyokong Program MyGDI.