Skip to main content
Please wait...

Ucapan Aluan

Ucapan Aluan

Pengarah
Pusat Geospatial Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Selamat Sejahtera

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Malaysia Geoportal (MyGeoportal), portal rasmi Infrastruktur Data Geospatial Negara/ Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Kerajaan menyedari bahawa permintaan rakyat ke atas maklumat geospatial yang tepat, terkini, relevan dan mudah dicapai di pelbagai peringkat adalah amat penting dan kritikal. Selaras dengan matlamat menjadikan rakyat sebagai keutamaan kerajaan, maka penyediaan dan perkongsian maklumat geospatial secara cekap dan berkesan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan geospatial mampu melonjak kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Sejajar dengan inisiatif nasional dalam menyediakan sebuah Infrastruktur Data Geospatial Negara melalui program MyGDI, ianya merangkumi penyediaan infrastruktur, pembangunan polisi dan standard serta R&D teknologi geospatial bagi perkongsian maklumat geospatial. Objektif utama program ini adalah untuk membantu agensi-agensi dalam membuat perancangan, pembangunan dan pengurusan melalui perkongsian maklumat geospatial yang terkini, tepat dan boleh dipercayai. Ia juga akan dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha pengutipan dan penghasilan maklumat geospatial di kalangan agensi kerajaan. Justeru, menerusi program ini, perkongsian pintar aktiviti perkongsian maklumat antara agensi diwujudkan secara berterusan bagi kemudahan semua pihak untuk berkongsi dan mengakses maklumat geospatial secara lebih efektif.

Saya berharap MyGeoportal ini akan dapat membantu para pengunjung mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti geospatial dalam dan luar negara. Semua perkhidmatan geospatial yang disediakan seperti kemudahan secara dalam talian ke katalog metadata (MyGDI Explorer) dan Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) boleh diakses oleh pengguna secara interaktif melalui MyGeoportal. Maklumat yang dipaparkan di portal ini akan sentiasa dikemas kini agar ia dapat menjadi sumber rujukan yang berfaedah kepada para pengunjung yang melayari portal ini.

Saya bagi pihak PGN ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi swasta di atas kerjasama berterusan yang diberikan dalam menjayakan perlaksanaan program MyGDI.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melapangkan masa untuk melayari portal ini. Saya amat berharap portal ini akan dapat memberikan sepenuh manfaat kepada semua pihak.

Terima Kasih.