27
September
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Gesopatial bagi Kategori Utility Bilangan 1 Tahun 2017
Mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan berkaitan Utility. Selain itu, merangka perancangan aktiviti bagi kategori Utility pada tahun hadapan.
25
September
Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Local Authority Area,Parliamentary / State Electoral Area dan Census Enumeration Block Bil.1/2017
Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Local Authority Area,Parliamentary / State Electoral Area dan Census Enumeration Block Bil.1/2017 telah diadakan pada 25 September 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Wisma Sumber Asli.
Antara Pegawai/Agensi Terlibat adalah :
25
November
Lawatan Jabatan Penerangan Malaysia
Pada 25 November 2016, pihak MaCGDI telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JPEN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang telah diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Fatkhul Hatta Robiki, selaku Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Penyelidikan, JPEN bersama sembilan (9) orang pegawai. Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Norbaiyah binti Sukor, Timbalan Pengarah, Cawangan Khidmat ICT, MaCGDI.
18
November
Bengkel pembangunan galeri digital kejayaan NRE 2016
PUTRAJAYA – 18 November 2016, Satu bengkel telah diadakan bertempat di Dewan Baiduri NRE dan dihadiri oleh seramai 36 pegawai dari Jabatan dan Bahagian NRE. Seramai 8 pegawai MaCGDI telah terlibat sebagai fasilitator di dalam bengkel ini.
16
November
Lawatan Akademik Pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Akuakultur, UPM Ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
PUTRAJAYA – 16 November 2016, MaCGDI telah menerima lawatan akademik daripada Pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Akuakultur (AKU4701), UPM yang disertai seramai 18 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring. Pihak delegasi disambut mesra oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib, Timbalan Pengarah Cawangan Geodata dan turut disambut oleh pegawai-pegawai MaCGDI yang hadir.
31
October
Kursus Aplikasi MyGeotranslator
Pada 31 Oktober 2016 satu Kursus Aplikasi MyGeotranslator telah diadakan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1-4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Putrajaya.Antara pegawai yang terlibat dengan kursus ini adalah pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).
25
October
Kursus Migrasi Data Autocad (.dwg) ke Format Shapefile (.shp) Menggunakan Perisian ArcGIS Dekstop dan Penggunaan Aplikasi MyGeotranslator
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi MyGeotranslator kepada pegawai-pegawai yang terlibat serta penggunaan Perisian ArcGIS untuk melakukan proses migrasi data daripada format autocad (.dwg) ke format shapefile (.shp).
19
October
MaCGDI Terima Anugerah Global Iktiraf Aplikasi MyGOS
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) memenangi satu anugerah berprestij, Pencapaian Khas dalam Sistem Maklumat Geografi (SAG) untuk aplikasi MyGOS.
Anugerah global itu disampaikan hari ini selepas ia diumumkan oleh Pengasas dan Presiden syarikat pemetaan global, Esri iaitu Jack Dangermond di California Jun lepas.
17
October
Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Geology Bil. 1/2016
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Geology Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh, daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selaku agensi tunjak data geospatial bagi Kategori Geology. Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan.
12
October
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Bil.1/2016
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM telah diadakan Bilik Cempaka, Aras 3, Podium 3, JAS, Wisma Sumber Asli.Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.Objektif mesyuarat ini adalah untuk membuat penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan
10
October
Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyelarasan Sempadan Kampung bil. 2/2016
Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyelarasan Sempadan Kampung Bil. 2 /2016 telah dipengerusikan oleh Pn. Hajah Norizam binti Che Noh, Pengarah MaCGDI. Objektif mesyuarat ini ialah bagi meneruskan aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian data geospatial sempadan pentadbiran kampung serta mengenalpasti dan mengumpul data geospatial Sempadan Kampung yang sedang dibangunkan oleh agensi-agensi.
4
October
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Bil. 1/2016
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Bil. 1/2016 telah diadakan pada 4 Oktober 2016 di Bilik Mesyuarat Mutiara , Aras 13, Wisma Sumber Asli, NRE. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk meneliti dan memperakukan laporan kemajuan aktiviti standard MyGDI sepanjang tahun 2015 serta perancangan JTSM tahun 2016.