Skip to main content

Info Korporat

Visi

Peneraju perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial secara mampan untuk kelestarian negara


Misi

Memacu perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial melalui penyediaan infrastruktur dan infostruktur yang efektif dan efisien berteraskan dasar dan undang-undang

Fungsi

Menjadi agensi peneraju bagi menyelaras pembangunan piawaian geospatial melalui rundingan bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri , akademia, dan sektor swasta.
Menjadi pusat sehenti bagi perkongsian data geospatial negara melalui kerjasama dan penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan pihak akademia.
Membangunkan platform perkhidmatan web bagi perkongsian maklumat geospatial serta penggunaannya oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, akademia, dan sektor swasta.
Merancang dan melaksanakan program pembangunan modal insan dalam bidang GIS dan bidang-bidang berkaitan.
Menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan penggunaan MyGDI di seluruh negara.
Mewakili sektor awam dalam forum, persidangan, dan mesyuarat antarabangsa yang melibatkan data geospatial.
Menjadi pusat rujukan teknikal bagi perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pembangunan aplikasi data geospatial, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang berkaitan geospatial.

Piagam Pelanggan

Menguruskan permohonan dan pelepasan data geospatial dalam tempoh 10 hari bekerja

Memastikan pembangunan aplikasi GIS bersama agensi kolaborasi disempurnakan dalam tempoh 6 bulan selepas Dokumen Permulaan Projek (DPP) dimuktamadkan.

Memastikan ketersediaan perkhidmatan Pusat Data PGN tidak kurang dari 97%

Menganjurkan aktiviti outreach untuk mempromosi program MyGDI kepada komuniti geospatial sekurang-kurangnya 1 kali setahun

Memberi maklum balas aduan atau pertanyaan yang diterima melalui medium MyGeoportal dalam tempoh 3 hari bekerja

Melaksanakan mesyuarat khidmat runding dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diterima