MyGDI Explorer boleh ditakrifkan sebagai medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal data dengan pengguna di seluruh Malaysia melalui internet.Aplikasi ini mengandungi rekod metadata yang menerangkan kandungan maklumat dan bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut.
Metadata maklumat geospatial yang terdapat dalam MyGDI Explorer adalah terdiri daripada data, aplikasi, map services, dokumen, hasil penyelidikan, aktiviti geospatial dan perkhidmatan. Metadata maklumat geospatial yang diterbitkan di dalam MyGDI Explorer oleh pembekal data membolehkan pengguna untuk mencari data yang diperlukan.
Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari sumber GIS, melihat keterangan dan membuat penilaian terhadap rekod metadata yang dipaparkan hasil dari carian mereka. Jumlah metadata yang terdapat dalam aplikasi ini sehingga Mac 2024 adalah sebanyak 6,730 metadata.