Skip to main content
Please wait...

Inisiatif Geospatial

Inisiatif Geospatial

Di bawah program MyGDI, PGN sebagai penyelaras komited untuk membantu pelbagai agensi kerajaan membangunkan aplikasi GIS yang dapat membantu mereka dalam pengurusan maklumat geospatial. Selaras dengan objektif pelaksanaan MyGDI untuk mempromosikan perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi kerajaan dan mempercepatkan proses membuat keputusan ke arah Spatially Enabled Government.

 

Inisiatif MyGDI merupakan hab perkongsian data geospatial secara dinamik merentasi agensi sektor awam, badan bukan kerajaan, akademia dan rakyat.

Aplikasi yang memudah cara perkongsian data geospatial
Katalog Metadata (MyGDI Explorer)

Katalog Metadata (MyGDI Explorer)

Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk membuat carian berkaitan data/ maklumat berkaitan geospatial

Berkolaborasi dan Berkongsi Maklumat Geospatial (MyGOS)

Berkolaborasi dan Berkongsi Maklumat Geospatial (MyGOS)

Aplikasi ini merupakan platform untuk menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara pelbagai agensi atau organisasi

MyGeotranslator

MyGeotranslator

Membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh PGN

MyGeo Data Services

MyGeo Data Services

MyGeo Data Services menyediakan antara muka untuk capaian data-data yang boleh dikongsi di antara Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan (G2G)

Sistem Permohonan dan Pemantauan Perkhidmatan Geospatial (SPP-PG)

Sistem Permohonan dan Pemantauan Perkhidmatan Geospatial (SPP-PG)

Aplikasi yang bertujuan untuk mendigitalkan pengurusan perkhidmatan geospatial dan khidmat runding bagi meningkatkan kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada agensi kerajaan

MyGeoLearning

MyGeoLearning

MyGeolearning merupakan katalog dalam talian yang menyimpan bahan-bahan rujukan berkenaan program MyGDI serta dokumen berkaitan bidang geospatial

MyMaps

MyMaps

MyMaps adalah platform perkongsian geospatial sumber terbuka yang menyokong OGC Standard, mengandungi data, peta dan aplikasi untuk capaian kepada Agensi Kerajaan (G2G)

Cofinder

Cofinder

Aplikasi bagi mengintegrasikan pangkalan data non-spatial (tekstual) di agensi dengan pangkalan data spatial di PGN

Aplikasi rujukan data GDC dan standard
Carian Nama Geografi (MyGeoName)

Carian Nama Geografi (MyGeoName)

MyGeoName merupakan pangkalan data yang menyimpan nama geografi, lokasi, sejarah dan notifikasi gazetir yang sah

Carian Kod dan Nama Pengurusan Tanah (UPI)

Carian Kod dan Nama Pengurusan Tanah (UPI)

Bagi penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (Unique Parcel Identifier - UPI) seperti Negeri, Daerah, Mukim/ Bandar/ Pekan dan Seksyen

Carian Kod Fitur dan Atribut (MS1759)

Carian Kod Fitur dan Atribut (MS1759)

MS1759 merupakan satu kaedah pengekodan butiran dan atribut serta menyediakan penerangan berkaitan maklumat geospatial

 

Inisiatif Kebangsaan

Inisiatif Kebangsaan bertujuan untuk mengurangkan pertindihan pengutipan maklumat geospatial dan menyelaras maklumat geospatial agensi kerajaan bagi memastikan maklumat dikongsi dari satu sumber yang sama dan seamless

 

Inisiatif Kolaboratif

Inisiatif Kolaboratif merupakan jaringan kolaborasi antara agensi kerajaan dan PGN dalam membangunkan aplikasi Web-GIS di agensi masing-masing