Skip to main content
Please wait...

Malaysia Geospatial

Metadata Geospatial

Metadata

Metadata adalah 'data mengenai data'. Metadata menerangkan mengenai data/maklumat/perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut.

Dalam konteks maklumat geospatial, metadata geospatial menerangkan maklumat geospatial yang hendak dikongsi. Metadata tidak terhad kepada data sahaja, malah meliputi penerangan mengenai aplikasi GIS, laporan kajian, pembangunan maklumat geospatial dan perkhidmatan.

Penerbitan metadata dapat mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial, membekalkan maklumat geospatial yang terdapat di agensi kerajaan dan swasta, mengelakkan duplikasi penyediaan data atau perkhidmatan daripada pelbagai agensi dan memudahkan pengguna mengenalpasti maklumat geospatial yang diperlukan.

Aplikasi MyGDI Explorer

MyGDI Explorer adalah aplikasi bagi katalog metadata yang membolehkan pengguna untuk meneroka, mencari, melihat dan menilai data geospatial. MyGDI Explorer mengandungi rekod-rekod yang menerangkan kandungan bahan dan maklumat serta bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut. MyGDI Explorer adalah medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal-pembekal data dengan pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. Pemilihan elemen katalog metadata berasaskan Dokumen MS 2647:2023 iaitu Geospatial metadata – Fundamental and implementation schema.

Metadata

Melalui MyGDI Explorer, pengguna boleh membuat pendaftaran akaun untuk mengakses maklumat geospatial yang disediakan di Katalog Metadata secara lebih terperinci dan seterusnya menjadi Penerbit Metadata bagi menyumbang metadata. Pembekal Metadata adalah pembekal maklumat geospatial yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga pengguna awam.

Malaysian Standard: Geospatial metadata - Fundamental and implementation schema (MS 2647:2023)