Skip to main content
Please wait...

Perkongsian Data MyGDI

Perkongsian Data MyGDI

Data

Ruangan ini menyediakan senarai data asas yang boleh dikongsi secara percuma melalui perkongsian Government-to-Government (G2G). Pengguna juga boleh memohon/ berkongsi data di sini. 

Data Asas GDC

Bagaimana Memohon Data Geospatial?

GIS vs Geospatial. Apa perbezaannya?

Sistem maklumat geografi (GIS) adalah sistem komputer untuk mengumpul, menyimpan, menyemak dan memproses serta memaparkan data yang berkaitan dengan kedudukan di permukaan bumi. GIS boleh menunjukkan pelbagai jenis data dalam satu paparan peta untuk melihat, menganalisis dan memahami corak dan hubungan sesuatu data.

Data geospatial, GIS atau geodata mempunyai maklumat kedudukan geografi yang jelas seperti rangkaian jalan dari GIS atau imej satelit. Data geospatial juga adalah terdiri daripada atribut data yang menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam dataset tersebut. Terdapat dua jenis data geospatial iaitu data vektor dan data raster.

Maklumat Geospatial

Maklumat geospatial yang juga dikenali sebagai maklumat lokasi, adalah maklumat yang menggambarkan lokasi dan elemen yang terdapat di dalam, di atas permukaan dan juga di ruang udara bumi. Secara mudahnya, maklumat geospatial bermaksud maklumat topografi asas yang boleh didapati pada sesuatu peta. Secara kompleks, ia termasuklah kumpulan data yang berkaitan dengan lokasi digabungkan menjadi lapisan data yang kemudiannya memaparkan maklumat seperti guna tanah dan kepadatan penduduk.

Custodian Data

Pembekal utama data geospatial dikenali sebagai custodian . Mereka terdiri daripada agensi-agensi yang dikenal pasti oleh PGN dan diperakukan oleh Kerajaan berpandukan kriteria tertentu yang mempunyai tanggungjawab dan hak-hak tertentu. 

Agensi Tunjak

Dalam keadaan yang mana sesuatu data geospatial itu dipertanggungjawabkan kepada lebih daripada satu custodian maka sebuah agensi tunjak (lead agency) dari kalangan custodian bagi data berkenaan akan dikenal pasti dan diperakukan oleh PGN.