MyGDI Newsletter_Edisi_1_2016 - page 1

PUTRAJAYA, 8 Dis. - Di bawah
Program
Infrastruktur
Data
Geospatial Negara (MyGDI),
Mesyuarat
Jawatankuasa
Penyelaras MyGDI Kebangsaan
(JPMK) Bil. 1/2015 telah
dilaksanakan dan dipengerusikan
oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin
Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Pengurusan Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli &
Alam Sekitar (NRE) di Bilik Mesyuarat Mutiara, Wisma Sumber Asli.
Mesyuarat tahunan pada kali ini telah dihadiri oleh empat (4) Agensi Pusat, 14 Jabatan
Persekutuan dan sembilan (9) Penyelaras MyGDI Negeri. Mesyuarat JPMK merupakan platform bagi
membincangkan kemajuan terkini pembangunan dan pelaksanaan Program MyGDI sepanjang
tempoh di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 serta pelan strategi di bawah Rancangan Malaysia Ke-
11 (RMKe-11). Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah peluasan skop pembangunan
MyGDI kepada maklumat geospatial marin, penetapan data asas negara bagi perkongsian melalui
MyGDI, status pembangunan dan pelaksanaan infrastruktur maklumat geospatial di peringkat negeri
bagi tahun 2015.
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali juga menegaskan bahawa perancangan dan pelaksanaan program
MyGDI perlulah diselaras seiring dengan matlamat di bawah RMKe-11 yang bertemakan
“Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”. Oleh yang demikian, bagi menyahut cabaran global mengenai kepentingan penyediaan dan
perkongsian maklumat geospatial yang lebih terurus, cekap dan kos-efektif, maka pelaksanaan Program MyGDI haruslah diperkasakan,
dipantau dan dikaji semula agar ianya sejajar dengan pelan pembangunan nasional.
ISI KANDUNGAN
IMBASAN 2015: MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS MYGDI
KEBANGSAAN (JPMK) BIL. 1/2015
Imbasan 2015: Mesyuarat
Jawatankuasa Penyelaras MyGDI
Kebangsaan (JPMK) Bil. 1/2015
Halaman 1
_______________________
Taklimat Cadangan Penggubalan
Dasar Pengurusan Maklumat
Geospatial Negara kepada Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber
Asli & Alam Sekitar (NRE)
Halaman 2
_______________________
Bengkel Kajian Keperluan
Pengguna bagi Peningkatan
Perkongsian Maklumat Aplikasi
1Malaysia Map
Halaman 3
_______________________
Sesi Libat Urus
(Engagement)
bersama Kementerian-
Kementerian di bawah Program
Infrastruktur Data Geospatial
Negara (MyGDI)
Halaman 4
_______________________
Versi terkini Dokumen
MS1759:2015 kini sedia untuk
dilayari
Halaman 5
_______________________
Call for Paper: The 7th National
Geospatial Information
Symposium (NGIS)
Halaman 6
_______________________
Hebahan Simposium Maklumat
Geospatial Kebangsaan
(NGIS) Ke-7
Halaman 7 & 8
NEWSLETTER
MyGDI
Edisi No. 1
Mac 2016
facebook.com/mygeoportal
Pusat Intrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan urus setia bagi Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK).
1 2,3,4,5,6,7,8
Powered by FlippingBook