Bilik Latihan Aras 1, Blok F11, NRES
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula dan mengemas kini dokumen Information Security Management System (ISMS) PGN selaras dengan keperluan standard ISO/IEC 27001:2022 bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan maklumat yang ditetapkan serta memperkukuh pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan ISMS di PGN. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluasan skop pelaksanaan ISMS PGN serta meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam mengemas kini dokumen Penilaian Risiko (Risk Assessment – RA) dan Pelan Rawatan Risiko (Risk Treatment Plan – RTP) menggunakan teknik rawatan risiko yang lebih efektif dan bersesuaian dengan keperluan PGN.