Skip to main content

Sejarah

Pada 12 Disember 2023, NRECC dijenamakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Pada 2 Disember 2022, KeTSA dijenamakan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

Pada 10 Mac 2020, KATS dijenamakan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). 
Manakala MaCGDI dijenamakan kepada Pusat Geospatial Negara (PGN) selari dengan perubahan nama kementerian.

Pada 2 Ogos 2018, NRE dijenamakan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

Pada 27 Mac 2004, nama kementerian telah berubah daripada KTPK kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Pada 1 Disember 2003, MaCGDI telah dibentuk menjadi Bahagian di bawah KTPK

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 bagi menggantikan Sekretariat NaLIS sejajar dengan peningkatan cabaran serta peranan dan tanggung jawab dalam pembangunan infrastruktur data geospatial merangkumi koordinasi penggunaan data geospatial merentas agensi kerajaan.

Pada 2 Januari 1997, melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1/1997 (PKPA 1/1997), Sekretariat NaLIS ditubuhkan dan telah dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 22 September 1997. Pekeliling tersebut menggariskan objektif penubuhan NaLIS, prinsip serta peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam pengurusan NaLIS.

Pada tahun 1994/1995, KTPK telah menerajui pembangunan National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). Syarikat Renong Berhad telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian bagi  pembangunan NaLIS.

Pada 23 September 1987, Jemaah Menteri melalui Kertas Bil. 500/1597/87 telah memutuskan untuk membangunkan Sistem Maklumat Tanah di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK).