Profil NGIS 10

PENGENALAN
Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) kembali untuk kali ke-10 dengan penganjuran lebih istimewa dengan menampilkan semula Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 yang kali terakhir diadakan pada tahun 2018.
Bertemakan "Geospatial Pemacu Kelestarian Negara", NGIS ke-10 bakal menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan, industri dan akademia bagi memperkukuh peranan maklumat geospatial dalam menyokong pembangunan negara yang mampan.
NGIS ke-10 akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menampilkan sesi pembentangan finalis NGA 2025, sesi perkongsian, forum dan penyampaian anugerah berprestij.
OBJEKTIF
NGIS ke-10 dianjurkan untuk mencapai objektif berikut:
- Menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu terkini berkaitan maklumat geospatial
- Menyokong misi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor
- Meningkatkan peranan maklumat geospatial dalam menyokong pembangunan lestari dan pengurusan sumber alam secara mampan


JANGKAAN IMPAK
Penganjuran NGIS ke-10 dijangka memberi impak seperti berikut:
- Pengukuhan kefahaman mengenai kepentingan maklumat geospatial dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, industri dan akademia
- Perkongsian amalan terbaik dan inovasi dalam pembangunan serta penggunaan teknologi geospatial secara strategik untuk perancangan dan penyampaian perkhidmatan
- Pengukuhan kerjasama antara agensi dalam Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)
- Peningkatan kesedaran dan komitmen terhadap peranan data geospatial dalam menyokong pelaksanaan dasar kementerian dan penyampaian perkhidmatan kerajaan
- Pengiktirafan serta galakan inovasi melalui Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 kepada inisiatif cemerlang dalam bidang geospatial