Skip to main content

Latihan Aplikasi MyGDI Explorer Bagi Pengisian dan Penerbitan Metadata Bagi Kategori Hypsography

6 November 2025 | Khamis | Bilik COE, Aras 8, Menara PETRA

Latihan aplikasi MyGDI Explorer bagi pengisian dan penerbitan metadata telah diadakan bersama agensi pembekal data (APD) di bawah kategori Hypsography. Sesi taklimat latihan ini telah disampaikan oleh LSr Zaahira binti Ismail dari Cawangan Pembangunan Standard, Polisi dan Outreach (CPPSO), Pusat Geospatial Negara (PGN).

Metadata merupakan maklumat berkenaan data seperti tajuk produk/ data, abstrak, pegawai bertanggungjawab, format, kaedah pengedaran serta lain-lain maklumat mengenai data tersebut. Sehubungan itu, pengisian dan penerbitan metadata adalah penting dan bertujuan untuk dihebahkan melalui aplikasi MyGDI Explorer. 

Antara agensi yang terlibat dalam sesi latihan ini terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).