: Bilik Jamuan, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES), Aras 10, Blok F11, Kompleks F
Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan Berkualiti (Surat, Memo dan E-mel) merupakan satu inisiatif yang relevan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bertulis dan kecekapan pengurusan dokumen dalam kalangan warga PGN. Dengan penyertaan seramai 37 orang peserta, kursus ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan dokumen rasmi yang berkualiti, tepat dan profesional. Pengaplikasian ilmu yang diperoleh dalam tugasan harian juga diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi serta mutu penyampaian perkhidmatan jabatan.