Mengenai MyGDI
Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI), merupakan satu program nasional bagi membangunkan infrastruktur perkongsian data geospatial antara agensi-agensi pembekal dan pengguna data geospatial. Menerusi infrastruktur ini, satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi diwujudkan bagi menggalakkan pembangunan produk-produk geospatial dengan lebih kos efektif, cekap dan cepat. Pusat Geospatial Negara (PGN) merupakan penyelaras bagi program MyGDI, telah membangunkan pelbagai platform perkongsian maklumat geospatial bagi menyokong dan memudah cara proses membuat keputusan dan perancangan oleh pihak pengurusan mengikut sektor berkaitan.
Baca Lagi