Skip to main content
Please wait...

PUTRAJAYA – 18 November 2016, Satu bengkel telah diadakan bertempat di Dewan Baiduri NRE dan dihadiri oleh seramai 36 pegawai dari Jabatan dan Bahagian NRE. Seramai 8 pegawai MaCGDI telah terlibat sebagai fasilitator di dalam bengkel ini.

 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan latihan secara Hands-on tentang pengisian kandungan galeri digital menggunakan aplikasi MyGOS oleh semua wakil dari Jabatan dan Bahagian NRE mengikut enam (6) kategori teras masing-masing iaitu Teras Air dan Hidrologi, Teras Tanah, Teras Mineral dan Geosains, Teras Alam Sekitar, Teras Biodiversiti dan Perhutanan dan juga Hubungan Diplomatik, Antarabangsa & Pembangunan. Sesi bengkel ini dimulai dengan ucapan aluan dari Pengarah MaCGDI, Puan Norizam binti Che Noh.

 

Sumber maklumat bagi Galeri Digital Kejayaan NRE ini boleh diambil dari pelbagai sumber termasuk portal, Facebook, blog, WhatsApp, perhimpuan bulanan, lawatan dan lain-lain lagi. Seterusnya peserta bengkel telah diberikan taklimat oleh Timbalan Pengarah Cawangan ICT MaCGDI, Puan Norbaiyah binti Sukor. Dalam bengkel ini juga, prototaip aplikasi Galeri Digital Kejayaan Kementerian NRE yang telah dibangunkan telah dibentangkan oleh Encik Burhanuddin bin Md Zin juga dari MaCGDI.