Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dapatan Kajian Kesediaan Pemusatan Perkhidmatan Geospatial Sektor Awam (PGSA) pada 24 September 2026 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Bengkel ini telah dikendalikan secara kolaboratif oleh PGN dengan bantuan kepakaran pensyarah daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Sesi ini merupakan sebahagian daripada siri gerak kerja strategik PGN dalam menghasilkan Rangka Kerja Kesediaan Pelaksanaan PGSA. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menilai kesesuaian dan kebolehlaksanaan, serta menetapkan skop pelaksanaan PGSA daripada perspektif strategik.
PGN selaku penyelaras MyGDI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh para peserta daripada 34 agensi sektor awam. Pandangan, maklum balas, dan sumbangan idea yang dikemukakan amat bernilai dalam memastikan pelaksanaan PGSA yang lebih mampan, inklusif, dan berimpak tinggi.
Semoga usaha murni melalui pelaksanaan PGSA ini dapat terus menyokong pelbagai agensi sektor awam dalam memantapkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara.