22-24 Julai 2025 | Selasa - Khamis | Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku Sekretariat Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pengemaskinian Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Negeri Sabah tahun 2025.
Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk menjalankan semakan terperinci terhadap nama-nama geografi dan menentusahkan lokasi bagi sesuatu entiti geografi sedia ada serta menambah nama geografi baharu dengan menggunakan Modul PDNG Editor secara dalam talian. Hasil daripada bengkel ini akan menghasilkan Web Gazetir serta Dokumen Gazetir Kebangsaan Negeri Sabah.
Bengkel ini telah dibahagikan kepada tiga (3) sesi yang melibatkan semua daerah di Negeri Sabah yang dihadiri oleh wakil agensi daerah dan negeri seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Pejabat Daerah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).