Skip to main content

HARI GIS NRES 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Puan Norsham binti Abdul Latip telah merasmikan Hari GIS NRES 2024 di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 29 Oktober 2024.
Dengan bertemakan "GIS Nadi Kelestarian Negara ", NRES menunjukkan komitmen terhadap penggunaan GIS dalam mencapai visi negara. Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada warga NRES tentang bagaimana GIS dapat menyokong pembangunan mampan dan berdaya saing sambil menjaga kelestarian alam.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial, YBhg. Datuk Muhammad Yasir bin Yahya, Pengarah Pusat Geospatial Negara, YBrs. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, JUPEM , YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua Jabatan.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Hari GIS NRES 2024 adalah seperti:


1. Sesi Perkongsian

  • Sesi perkongsian 1 : Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan
    • Geosains Malaysia (MyGEMS) oleh P.Geol. Gs. Dr. Haji Mohamad bin Abd Manap dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
  • Sesi perkongsian 2 :
    • Penggunaan Platform Malaysia Geospatial Online (MyGOS) dalam Pembangunan Sistem Aplikasi GIS Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh SUPT Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Sesi perkongsian 3 :
    • Smart Mobility Solutions - Catalysing Sustainable Geospatial Analytic Initiatives oleh Yang Berbahagia, Dato Ts. Gs. Azhar bin Ismail dari MAP2U Sdn. Bhd.
  • Sesi Perkongsian 4 :
    • GeoAI Analytics-Framework for Management ofTime Series Data Cube, Annotation Management, Automation and User Defined Dashboards oleh Mr. Abhay Swarup Mittal dari SkyShine Corporation Sdn. Bhd.

2. Kuiz Kahoot
3. Klinik MyGDI
4. Pameran Reruai

  • Sebanyak 11 agensi yang terdiri daripada Kerajaan dan swasta telah turut serta mempamerkan teknologi dan pembangunan aplikasi GIS masing-masing bagi memeriahkan lagi Hari GIS NRES 2024.

5. Pertandingan Silang Kata
6. Pertandingan Gambar Kreatif

The website encountered an unexpected error. Try again later.