Skip to main content

Kursus Polisi Keselamatan Siber (PKS) NRES Versi 1.0

12 Jun 2025 (Khamis) | 9.00 Pagi – 5.00 Petang | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Kursus Polisi Keselamatan Siber ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan warga PGN mengenai kepentingan keselamatan siber, dengan memberi pendedahan terhadap dasar, garis panduan serta amalan terbaik dalam melindungi maklumat dan sistem ICT organisasi. Kursus ini juga bertujuan memperkasakan peranan setiap individu sebagai barisan pertahanan pertama dalam menghadapi ancaman siber, termasuk dalam aspek pengurusan kata laluan, penggunaan emel dan peranti, serta pengendalian maklumat sensitif. 

Di samping itu, kursus ini diadakan bagi membantu pelaksanaan dan pematuhan terhadap Polisi Keselamatan Siber yang selaras dengan keperluan keselamatan ICT sektor awam, sekali gus memastikan kelangsungan dan integriti operasi pejabat secara menyeluruh.