Skip to main content
Please wait...

Pada 31 Oktober 2019, MaCGDI telah dikunjungi lawatan delegasi antarabangsa Korean Standards Association (KSA). KSA yang bernaung di bawah Ministry of Trade, Industry and Energy, Republik Korea mengunjungi MaCGDI bertujuan untuk melihat aktiviti dan kaedah pelaksanaan perkongsian maklumat geospatial yang dijalankan di Malaysia.

 

Turut bersama KSA ialah para pegawai dari Korea Land and Geospatial Informatix Corporation (LX). Lawatan ini juga merupakan lawatan kali kedua KSA ke MaCGDI selepas kali pertama diadakan pada tahun lepas bersama ahli-ahli delegasi yang berlainan. Delegasi lawatan antarabangsa ini adalah seramai 16 orang dan telah diketuai oleh Cik Bae Munhei.

 

Selain Malaysia, delegasi ini turut mengadakan lawatan ke Singapura dalam rangka lawatan antarabangsa mereka. Pada lawatan kali ini, MaCGDI berpeluang berkongsi berkenaan latar belakang MaCGDI dan Program MyGDI serta taklimat aplikasi yang dibangunkan bagi melancarkan aktiviti perkongsian maklumat geospatial di Malaysia. Puan Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI, mengucapkan terima kasih kepada pihak KSA kerana sudi berkunjung ke MaCGDI.

 

Pihak MaCGDI berharap agar lawatan ini dapat merapatkan hubungan antarabangsa serta memberi pendedahan terhadap perkembangan teknologi dan perkongsian maklumat geospatial di peringkat global.