19 Disember 2025 | Jumaat | Bilik Mesyuarat Intsia, Bangunan D3, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
PGN sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada agensi lain sentiasa dimanfaatkan secara optimum. Antara perkhidmatan PGN yang utama ialah Platform MyGOS yang menyokong pembangunan aplikasi GIS secara kolaborasi bersama-sama agensi di peringkat persekutuan, negeri dan akademia.
Justeru, PGN telah mengadakan satu lawatan cakna ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk memantau projek sedia ada yang telah dibangunkan secara kolaborasi bersama-sama FRIM di bawah Plaform MyGOS iaitu Sistem Indeks Integriti Ekosistem (MyFPI) dan Hab Data Spatial serta membincangkan isu yang dihadapi bagi membolehkan penambahbaikan berterusan dilaksanakan.
Pihak FRIM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Hamdan bin Omar, Ketua Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, FRIM telah memberikan maklum balas positif dalam sesi perbincangan yang telah diadakan dan kolaborasi FRIM di bawah Platform MyGOS akan diteruskan dengan skop perkhidmatan yang bakal ditambah. PGN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak FRIM kerana telah menyantuni sesi lawatan cakna Platfrom MyGOS ini.