Skip to main content
Please wait...

Pada 25 November 2016, pihak MaCGDI telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JPEN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang telah diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Fatkhul Hatta Robiki, selaku Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Penyelidikan, JPEN bersama sembilan (9) orang pegawai. Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Norbaiyah binti Sukor, Timbalan Pengarah, Cawangan Khidmat ICT, MaCGDI.

 

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu mengenai pengurusan Big Data kepada JPEN bagi meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan, penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat serta progresif. Pihak delegasi telah diberikan penerangan berkaitan latar belakang MaCGDI dan MyGDI serta pembentangan aplikasi MyGDI Explorer, 1Malaysia Map dan MyGOS. Pihak delegasi turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan tugas jabatan yang berpotensi diadaptasikan ke dalam bentuk teknologi geospatial.

 

Tuan Haji Mohamad Fatkhul Hatta selaku ketua delegasi sangat berpuas hati dan melahirkan keterujaan beliau terhadap teknologi geospatial yang berpotensi mengoptimumkan tugas JPEN. Lawatan kerja seumpama ini dapat mewujudkan satu lagi kerjasama dan perkongsian kepakaran antara MaCGDI dengan agensi lain. Seterusnya, lawatan ini diakhiri dengan sesi fotografi dan bertukar cenderamata sebagai tanda kenangan.