Skip to main content
Please wait...

Pada 22 Ogos 2019, MaCGDI telah menyantuni delegasi lawatan kerja pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Rosely bin Kusip, Pengerusi RISDA.

 

RISDA berhasrat untuk membangunkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi memperkasakan capaian maklumat tanah kumpulan sasar pekebun kecil secara lebih tepat dan sistematik. Selain itu, lawatan kerja ini bertujuan mendengar dan berkongsi pengalaman serta kepakaran MaCGDI dalam membangunkan aplikasi GIS.

 

Lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI. MaCGDI telah menerangkan dengan lebih terperinci mengenai peranan MaCGDI sebagai agensi penyelaras perkongsian maklumat geospatial di Malaysia di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Selain itu, MaCGDI turut membentangkan hasil kejayaan dan kolaborasi bersama agensi lain yang telah dibangunkan melalui aplikasi MyGOS. Sesi ini berjalan lancar dan disambung dengan perbincangan lanjut dari kedua-dua pihak.

  

Secara kesimpulannya, MaCGDI berpuas hati kerana lawatan kerja ini telah menerima banyak pandangan dan idea baru yang dapat digunakan untuk penambahbaikan aktiviti oleh kedua-dua pihak. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada RISDA kerana telah menjadikan MaCGDI sebagai salah satu destinasi lawatan kerja pada tahun ini.