Skip to main content
Please wait...

Pada pagi 15 Oktober 2021, PGN telah menerima 'kunjungan' lawatan kerja secara maya daripada Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sesuai dengan normal baharu bagi mengekang penularan COVID-19, pertemuan secara maya ini diadakan sebagai satu langkah awal pihak KWSP untuk mengenali dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PGN selaku penyelaras MyGDI.

Selain Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan (Operation Division), lawatan kerja secara maya ini turut disertai oleh bahagian-bahagian lain di KWSP seperti Digital Platform Solution Section (Digital Technology Division) dan Data Analytic, Centre Of Excellent (Strategy Division).

PGN berharap pertemuan secara maya ini dapat menghasilkan banyak pandangan serta idea baru yang boleh digunakan untuk penambahbaikan aktiviti kedua-dua pihak di masa akan datang.