Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography telah dipengerusikan oleh Lt Kdr Razimi Bin Mohd Damri TLDM daripada Pusat Hidrografi Nasional selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan bagi data ketegori Hydrography.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 35 orang wakil daripada pelbagai  agensi custodian data kategori Hydrography termasuk pegawai daripada PGN secara atas talian. Antara agensi yang terlibat ialah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM, Jabatan Pertanian (DoA), NAHRIM, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), PLANMalaysia dan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM.

Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan oleh PGN mengenai status Ketersediaan Data Fundamental bagi kategori Hydrography, Pengenalan kepada Aplikasi MyGeoTranslator dan MyGeo Data Service dan Statistik Pengurusan dan Pelepasan Data Fundamental bagi Kategori Hydrography. Mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Hydrography.