Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM telah diadakan Bilik Cempaka, Aras 3, Podium 3, JAS, Wisma Sumber Asli.Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.Objektif mesyuarat ini adalah untuk membuat penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap agensi iaitu daripada JUPEM, MKN, JTLM, JPS, JAKOA, JKPTG, JPBD, PHN, SPR, DoA dan DoS.Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai prosedur permohonan data melalui MaCGDI, pembentangan web aplikasi MyGDI Data Services / MyGOS dan data-data asas kategori Demarcation di GDC. 

 

Seterusnya mesyuarat juga telah membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan status data geospatial di setiap agensi.Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Demarcation untuk tahun 2017.