Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan berkaitan Utility. Selain itu, merangka perancangan aktiviti bagi kategori Utility pada tahun hadapan. 

 

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Gesopatial bagi Kategori Utility Bilangan 1 Tahun 2017 telah dipengerusikan oleh Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian, Bahagian Pemetaan Utiliti, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku agensi tunjak data geospatial bagi kategori Utility. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 26 orang wakil dari pelbagai agensi bagi kategori Utility termasuk pegawai daripada MaCGDI.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai status Ketersediaan Data Asas Geospatial Data Centre (GDC) bagi kategori Utility dan Status ketersediaan Metadata. Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Utility.

 

Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Utility untuk tahun 2018.